Tuesday, November 10, 2009

BENGKEL PENGOPERASIAN LDP 2010 SEKOLAH-SEKOLAH PPD BACHOK

10HB NOVEMBER 2009,Bengkel pengoperasian LDP 2010 sekolah-sekolah daerah Bachok telah diadakan bermula 10hb Nov hingga 13hb Nov.Gambar diupload kenudian.

Monday, November 9, 2009

KANTIN DALAM PEMBINAAN RUNTUH


beberapa orang guru sedang meninjau kawasan


4 HB NOV(RABU) 2009, JAM 9.30 PAGI , BANGUNAN KANTIN SEKOLAH YANG MASIH DALAM PEMBINAAN RUNTUH. ALHAMDULILLAH TIADA KEMALANGAN JIWA DAN ALLAH MASIH LAGI SAYANG KEPADA PARA PENDIDIK DAN MURID-MURID. TIADA KEMALANGAN JIWA. BANGUNAN RUNTUH EKORANG ANGIN DAN HUJAN YANG TURUN DENGAN LEBATNYA. (harap maaf lambat upload-demam final Piala Malaysia)

Wednesday, August 26, 2009

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN DAN ORANG YG BERPUASA

RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.
Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.
Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.
Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.
Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.
Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.
Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.
Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.
Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."
Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.
Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.
Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Friday, July 17, 2009

MAJLIS KWAPM 2009

sebahagian besar para ibu yang menghadiri upacara perasmian
Tn Hj Zain Yassim sedang menyampaikan amanat

13 JULAI- Majlis penyampaian Bantuan KWAPM telah diadakan dengan jayanya. perasmian majlis telah dibuat oleh Tn Hj Zain Yassim selaku penyelaras DUN Tawang.
Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang ibubapa. Seramai 274 orang murid telah mendapat bantuan KWAPM pada tahun ini. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini.



Friday, June 19, 2009

KURSUS MANIPULASI BAHAN DALAM PSV

Penceramah Tn Hj Ibrahim Bin Daud

Guru-guru sedang mendengar ceramah


Jawatankuasa LDP Sekolah telah berjaya menganjurkan kursus peningkatan profesionalisme melalui "Manipulasi bahan dalam Pendidikan Seni dan Visual'. Guru mendapat banyak maklumat dan input yang baharu dan berguna dan boleh diaplikasikan dalam P & P. Penceramah yang menyampaikan kursus ialah Tn HJ Ibrahim Bin Daud Ketua Panitia Pendidikan Seni dan Visual. Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana banyak ilmu dan bahan yang telah diberikan semasa kursus.





Friday, May 22, 2009

Kursus "PROSIDAR" Berjaya

ustaz Ab.Halim sedang menyampaikan ceramah PROSIDAR
guru-guru sedang mendengar ceramah PROSIDAR

Sabtu 23 hb Mei- Pihak Jawatankuasa LDP SK Chantum, telah berjaya mengadakan kursus Kesedaran dan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah di sekolah. Kursus LDP kali Ketiga ini telah berjaya memberi pendedahan kepada semua guru tentang pelaksanaannya di peringkat sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta melalui Pendidikan Sivik. Guru mendapat banyak input-input yang berguna sama ada dari segi pedagogi dan psikologi untuk memastikan matlamat sifar dadah di sekolah.Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ab.Halim Bin Yusoff , Ketua Panitia Pendidikan Islam selaku setiausaha Sukan Sekolah.









Sunday, May 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Banner sempena sambutan Hari Guru 2009


sambutan hari guru peringkat sekolah


guru-guru sk Chantum sehingga 16 Mei 2009




masing-masing menerima hadiah daripada murid- murid


guru-guru perempuan tidak ketinggalan


murid prasekolah juga menghargai pengorbanan guru




guru-guru sedang menyampaikan lagu 'Guru Malaysia'

"Guru Pembina Negara Bangsa"
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17hb Mei 2009. Sambutan bermula pukul 8.00 pagi dab berakhir 12.00 tengahari. Acara dimulakan dengan Nyanyian 3 buah lagu ucapan Tuan Guru Besar mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Seterusnya lagu "Guru Malaysia" . Acara Sukaneka juga tidak ketingalan, terdapat berbagai acara menarik telah diadakan antaranya permainan bolatampar, lari dalam guni, bawa bola pingpong, melontar gelung rotan ke skiter dan lain-lain.

tribute to all teacher in Malaysia.

Hayatilah lagu ini dengan penuh semangat perjuangan





Sunday, May 3, 2009

Kursus Pengurusan Panitia


Tn Hj Zainudin sedang menyampaikan ceramah


guru-guru tekun mendengar ceramah

kursus LDP kali kedua telah diadakan dengan
dihadiri oleh seramai 28 orang guru dan penceramah
yang dijemput khas iaitu Tn Hj Zainuddin Bin Ismail,
Penolong Kanan Pentadbiran 1 SK Sri Kemunting
Bachok,Kelantan.

Thursday, April 23, 2009

Pembinaan Bangunan Baru Sekolah

Pembinaan bangunan baru sekolah sedang rancak di jalankan, tidak mengira masa hujan atau panas pekerja-pekerja dari Bangladesh dan India ini terus dengan kerja masing-masing dan bangunan baru dijangka dapat disiapkan sebelum bulan September 2009.

Saturday, April 18, 2009

Hati-hati dengan Emel yang berniat jahat

SINGAPURA : Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL, sedang hebat menyerang, demikian amaran yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan dan pengawalan IT, Sophos, hari ini.Katanya dalam satu kenyataan di sini bahawa pengguna internet akan menerima mesej bahawa syarikat kurier itu cuba menghantar sebuah bungkusan kepada mereka pada 14 Mac."Mesej itu juga menyatakan bahawa mereka perlu mencetak invois yang disertakan yang mengandungi satu fail zip dan membawanya ke pejabat DHL," jelasnya. Menurut Sophos, pengguna komputer yang terbabit dalam penipuan itu dan membuka ‘dhl_n756512.zip’, tidak akan dapat melihat sebarang invois tetapi sebenarnya memuat turun "Trojan horse" yang berniat jahat, yang dikenali sebagai Troj/Agent-JJP ke dalam komputer mereka, memberikan penggodam akses yang terhad.Kesemua emel menggunakan tajuk, ''DHL Tracking number'' tetapi mempunyai nombor rujukan yang dijana secara rawak, katanya, sambil menambah bahawa penipuan itu yang kedua berlaku dalam jangka waktu seminggu dengan penyamaran sebagai DHL. Berita penuh...- DIPETIK : BERITA HARIAN ISNIN 6 APR 2009

GOTONG ROYONG PERDANA

SABTU 11 April 2009, Program Gotong Royong Perdana telah diadakan bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Program julung kali anjuran PPD untuk tahun 2009 ini telah dijayakan bersama oleh semua guru, kakitangan serta murid-murid tahap dua (tahun 4,5 dan 6). selepas semua kawasan dibersihkan , pihak sekolah telah menyediakan jamuan ringan. program ini telah dipantau oleh wakil PPD Bachok iaitu En Wahab.

Friday, January 16, 2009

PERTUKARAN GURU 2009

Pihak sekolah telah kehilangan seorang guru yang berpengalaman iaitu Cikgu Terantai Juhan yang telah menerima memo ke Sekolah kebangsaan Sungai Dua. Beliau adalah seorang guru Jurulatih Bola Jaring. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Selamat bertugas di tempat baru.

PERTUKARAN GURU 2008

Pihak sekolah kehilangan dua orang guru yang disayangi sepanjang tahun 2008,iaitu En Rohimi Yaacob yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jelawat pada bulan Februari, manakala En Jasni Che Othman yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Beris Lalang pada Julai 2008. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kedua-dua orang guru ini sepanjang perkhidmatannya di sekolah ini.
Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF