Tuesday, November 16, 2010

murid sedang menikmati jamuan
ajk transport

sedang berehat
sedang berehat

Cikgu Faizal sedang menerangkan adab-adab makan

'snake plate' yang masih panas

persiapan akhir sebelum wisel


JAMUAN KEJAYAAN DI KFC AIRPORT PENGKALAN CHEPA

AHAD, 14/11/10- semua murid tahun 6 dan 10 orang guru meraikan kejayaan sekolah Kebangsaan Chantum dalam UPSR 2010 di KFC airport Pengkalan Chepa.jamuan bermula 1.00p.m-3.p.m.Kemungkinan besar acara ini akan dimasukkan ke dalam takwim sebagai acara tahunan sebelum murid-murid tahun 6 melangkah ke sekolah menengah.















Wednesday, November 10, 2010

Guru Besar dan Penolong Kanan Ko-kurikulum serta guru-guru tahun 6 bergambar kenangan dengan murid-murid yang mendapat 5A.
UPSR 2010..BRAVO!BRAVO!BRAVO
KHAMIS 11/11/10- Sekolah Kebangsaan Chantum sekolah luar bandar yang 'low profil' boleh berbangga dengan kejayaan cemerlang dalam UPSR 2010. Peratus keseluruhan iaitu 92.86 telah meletakkan Sekolah Kebangsaan Chantum di tangga kemuncak berbanding 33 buah sekolah di daerah Bachok dan memecah rekod di sekolah ini setelah seramai 7 orang murid mendapat 5A. Pencapaian ini adalah hasil kerjasama semua guru dan PIBG sekolah ini. Pencapaian ini juga akan menjadi perangsang kepada semua guru untuk bekerja dengan lebih gigih pada masa hadapan. Guru Besar iaitu En Azahari Ismail yang baru setahun memegang jawatan sebagai guru besar di sekolah ini bersyukur di atas kejayaan UPSR 2010 dan berharap semua guru akan bersama-sama meneruskan agenda kecemerlangan sekolah tanpa rasa jemu. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan untuk semua warga sekolah. Ternyata moto "SKC" iaitu Sekolah Kami Cemerlang adalah amat bersesuaian, bertepatan dan 'matching' dengan sekolah.Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid yang telah memperolehi 5A dalam UPSR.
Murid-murid yang mendapat 5A
Muhamad Hafizulhilmi Mohd Rozi
Muhamad Alif Farhani Hassan
Wan Nur Asifa Bt Zanurin
Nor Suhaili Che Abdullah

Nur Athirah Mohamad
Che Aisyah Fasihah Che Adnan
Siti Nor Syafikah Che Soh

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH








































































Thursday, November 4, 2010

Salam Sayonara
En Mohamad Sulaiman meluahkan isi hati
Tn Hj Azahari Ismail(GB) menyampaikan cenderahati kepada En Mohamad Sulaiman

Majlis Persaraan PK Pentadbiran dan Jamuan Akhir Tahun
Khamis 4/11/10, Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Persaraan En Mohamad Sulaiman PK1 telah di adakan di Hotel New Pacific Kota Bharu. Majlis telah diadakan pada Pukul 2.30 - 5.00 ptg. Majlis telah dihadiri oleh sebahagian besar guru,guru KAFA, kakitangan dan kakitangan kontrak sekolah tahun 2010. Majlis juga di adakan sempena persaraan pilihan PK1 yang perkhidmatannya berakhir pada 1/12/2010. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada En Mohamad, sesungguhnya jasa beliau tidak akan dilupakan.



Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF