Saturday, March 26, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39

Mesyuarat agung PIBG Kali ke 39
En Mohd Zain Yaakob
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
PPD Bachok
merasmikan majlis

En Mohd Nor selaku pengerusi PIBG


En Wan Mahmood selaku guru besar
yang baru memperkenalkan diri dan ucapan alu-aluan


ibu-ibu yang prihatin

bapa-bapa yang prihatin



Penyerahan replika cek sumbangan Dato Dr Awang Adek Hussein
Tim.Menteri Kewangan Malaysia
Sabtu 26/3/2011- Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan bermula jam 2.00 petang- 5.45 petang.
Perasmian Mesyuarat Agung pada kali ini telah dirasmikan oeh Penyelia Kanan Pelajaran Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Bachok En Mohd Zain B Yaakob. Majlis telahihadirilebih kurang 250 ibu bapa. Walaupun keadaan cuaca pada hari berkenaan tidak mengizinkan kerana hujan turun dengan lebat namun pihak sekolah amatr berpuashati dengan kehadiran ramai. Para ibu bapa juga disediakan 'hamper' dengan kupon cabutan bertuah.
Majlis penyerahan Replika Cek bernilai RM3000, sumbangan Dato Dr Awang Adek B Hj Hussein Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Sumbangan tersebut dimasukkan ke dalam dana pendidikan sekolah.




















Monday, February 28, 2011

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

majlis dimulakan dengan nyanyian laguamanat terakhir tuan guru besar

Hj Azahari bersalam salaman dengan semua murid



Ucapan jasa mu dikenang oleh ketua murid

AHAD 27 Mac 2011 - majlis perpisahan guru besar iaitu Hj Azhari Bin Ismail telah diadakan secara sederhana. Majlis ringkas ini telah diadakan bermula pukul 10.45 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari dengan acara menghantar guru besar ke sekolah baru iaitu SK Tanjung Jenera.Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada mantan guru besar Tn Hj Azahari bin Ismail. Segala jasa dan bakti beliau sepanjang berada di SKC sentiasa segar dalam ingatan.














Sunday, February 20, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Para pekerja menyembelih lembu

murid-murid sedang berkumpul sebelum memulakan perarakan


tema 1 Malaysia 1 Ummah


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
1 MALAYSIA 1 UMMAH

AHAD 20 FEB- Sekolah Kebangsaan Chantum telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Antara acara-acara yang diadakan termasuklah perarakan, ceramah dan jamuan untuk semua murid. Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.3o petang.




Saturday, January 22, 2011

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN
PENGAWAS PSS SESI 2011
En Azmi B Mohd Nor
Timbalan Ketua Balai Bolis Tawang merasmikan majlis
Barisan Pengawas dan Pengawas PSS sekolah
memberi tumpuan
Pengawas Sekolah sesi 2011 bersama guru penasihat

Badan Pengawas PSS bersama guru penasihat

23/1/11- Badan Disiplin sekolah telah mengadakan majlis watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas PSS sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Balai Polis Tawang iaitu En Azmi B Mohd Nor. Majlis telah diadakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhirpada jam 9.00 pagi. Dalam ucapan En Azmi mengingatkan tentang tanggungjawab pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah dalam menjalankan tugas hendaklah jujur dan amanah sebsagai latihan apabila mereka mempunyai jawatan apabila dewasa nanti.





Wednesday, January 5, 2011

SESI PERASMIAN PERSEKOLAHAN 2011 DITERUSKAN DENGAN MISI MENERUSKAN KECEMERLANGAN.
Rabu 5/1/2011, Majlis Perasmian Persekolahan sesi 2011 telah selamat dirasmikan oleh Penolong PPD Bachok (Pengurusan Kurikulum Bahasa) bermula jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah.Tuan Guru Besar TN Hj Azhari telah mengalu-alukan kedatangan Penolong Pegawai PPD. Dalam ucapannya guru besar banyak menyentuh tentang keperluan-keperluan persekolahan, akademik, ko kurikulum serta pencapaian sekolah sepanjang 2010.Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Soo Ah Khem kerana kesudian merasmikan majlis pada sesi 2011.

Banner persamian sekolah yang memaparkan slogan tersirat "SKC"
Sekolah Kebangsaan Chantum iaitu' Sekolah Kami Cemerlang'

Barisan Pentadbir yang cemerlang

Tn Hj Azahari menyampaikan ucapan alu aluan


Penolong Pegawai PPD (Pengurusan Kurikulum Bahasa)
Pn Soo Ah Khem merasmikan sesi persekolahan 2011



Ketua murid mengetuai bacaan ikrar


murid-murid membaca ikrar






















Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF