Thursday, May 22, 2008

JAMUAN TAHUNAN 2007






Pengerusi Kelab Guru 'excited' nak beri ucapan.

Jamuan akhir tahun di buat di Hotel Perdana telah dihadiri oleh semua guru termasuk guru KAFA. Majlis telah diadakan secara sederhana. Semua guru mendapat cenderahati masing-masing yang telah disediakan oleh pihak sekolah





PENGASAS SEKOLAH

Pengasas Sekolah
Zainab bt AWang adalah seorang bekas guru dari sekolag ini yang telah bersara dua tahun. Beliau bersama dengan seorang lagi bekas guru iaitu Cikgu Aziz yang telah bertanggungjawab mengasaskan Sekolah Kebangsaan Chantum.
Zainab bt Awang telah dilahirkan dalam tahun 1940-an dan beliau berasal dari Kampung Kuau. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kg Badak Bachok sehingga lulus darjah enam.Selepas persekolahan Zainab telah menjawat jawatan sebagai seorang guru di sebuah sekolah Rakyat di Kampung Kuau.
Dalam tahun 1966 , mesyuarat yang terdiri dari beberapa orang tenaga pengajar dari kedua-dua sekolah Rakyat Kampung Kuau dan Kampung Keluat telah diadakan.Mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju mencantumkan kedua-dua sekolah rakyat tersebut di dalam sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Chantum.
Dalam bulan Mei 1968, Zainab Bt Awang telah mengikuti kursus di Maktab Perguruan Kota Bharu sehingga tahun 1969. Setelah tamat mengikuti kursus , beliau telah ditempatkan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bachok tahun 1970 .Pada pertengahan penggal 1970 beliau telah bertukar dan berkhidmat semula di sekolah asal iaitu Sekolah Kebangsaan Chantum sehinggalah beliau bersara pada Disember 1995.

Saturday, May 17, 2008



OBOR

Semangat mengajar yang menyala-nyala untuk membentuk generasi yang berilmu
BUKU
Matlamat pelajaran sekolah yang berasaskan 3M iaitu :
a)membaca b)menulis c)mengira
KUNCI
Melambangkan kejayaan yang harus dicapai oleh setiap orang murid
RODA
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik dan menuju ke arah teknologi moden
GELUNG
Kegiatan Ko Kurikulum melambangkan saling hormat menghormati,bersatu padu,bekerjasama,bertoleransi dan berinteraksi di antara guru dengan guru, guru dengan murid dan murid dengan murid
HIJAU
Sosio ekonomi ibubapa murid keseluruhannya terdiri daripada petani
MERAH
Berani untuk membuat keputusan bertindak dan sebagainya
KUNING
Chantum berada dalam mukim Kuau,Repek Bachok, Kelantan Darul Naim, sebuah negeri yang beraja


Thursday, May 8, 2008

CARTA ORGANISASI SEKOLAH



En Mohamed Yusoff Bin Ismail
Guru Besar





En Mohamed Bin Sulaiman
Penolong Kanan Pentadbiran



Tn Hj Zain Bin Long
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn Hjh Tn Mazidah Bt Nik Yusoff
Penolong Kanan Ko Kurikulum

























































































































Wednesday, May 7, 2008

Peristiwa Semasa 2009


mesyuarat Agung PIBG

ibubapa sedang kusyuk mendengar taklimat





Orang kuat Kurikulum SK Chantum

perjumpaan dengan ibubapa murid-murid tahun 6




























BILIK-BILIK KHAS


Tahun 2







Tahun 1







Pusat sumber sekolah












Makmal Komputer Sekolah Fasa 3B





















KAWASAN SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Chantum dahulunya berasal daripada dua buah sekolah Rakyat iaitu Sekolah Kampung Kuau dan Sekolah Kampung Keluat. Murid-murid daripada Sekolah Rakyat tersebut dicantumkan/disatukan di dalam sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang diwujudkan dalam tahun 1966. Guru Besar Pada masa itu ialah En Nik Yahya B Nik Mat yang berkhidmat sehingga 31.12.1982. Sekolah baru ini didirikan berhampiran dengan sempadan Kampung Kuau dan Kampung Keluat serta diberi nama "Sekolah Kebangsaan Chantum".
Pada mula diwujudkan tahun 1966, hanya terdapat sebuah bangunan kayu dengan tiga bilik darjah. Sebuah stor dan sebuah kantin kecil. Keramaian murid ialah seramai 162 orang.Pada tahun 1976 didirikan sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi empat bilik darjah, bilik guru besar dan sebuah bangunan kantin baru. Pada tahun 1988 sebuah bangunan gotong royong yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah bangsal basikal didirikan.
Pada tahun 1990 sebuah bangunan gotong royong dan bangunan pra sekolah dibina menjadikan lima bangunan kesemuanya sehingga pada tahun 1966. Kini Sekolah Kebangsaan Chantum mempunyai murid seramai 472 orang,guru seramai 24 orang guru, seorang pembantu tadbir,seorang pembantu am rendah dan 3 orang pembantu rendah awam kontrak. Guru besar yang paling lama berkhidmat di sekolah ini ialah En Ab.Rahman Awang yang telah berkhidmat bermula tahun 1998 sehingga Disember tahun 2002.Guru Besar yang telah bersara telah digantikan dengan guru besar yang baru iaitu Tn Hj Nawawi B Majid yang telah mula melaporkan diri pada Mac 2003.

KAKI TANGAN SEKOLAH

KAKITANGAN SEKOLAH TAHUN 2008
Berdiri belakang: Ustaz Halim,En Sidik,En Rohimi,En Mohd Rozi,En Razali,Tn Hj Awang,En Wan Mohd Fadhli,En Jasni.Tengah dari kiri: Pn Rohani,Pn Zuzana,Pn Ros,Pn Rohaya,Pn Norida,Pn Hjh Asiah,Pn Nor Zuraida,Pn Rooswati.Duduk dari kiri: Pn Terantai,Tn Hj Ismail,En Hassan(GB),En Mohamed(PK Pentadbiran),Tn Hj Aziz(PKKo),Pn Suhaila.



GURU SEKOLAH

Berdiri belakang: Ustaz Halim,En Sidik,En Rohimi,En Mohd Rozi,En Razali,Tn Hj Awang,En Wan Mohd Fadhli,En Jasni.Tengah dari kiri: Pn Rohani,Pn Zuzana,Pn Ros,Pn Rohaya,Pn Norida,Pn Hjh Asiah,Pn Nor Zuraida,Pn Rooswati.Duduk dari kiri: Pn Terantai,Tn Hj Ismail,En Hassan(GB),En Mohamed(PK Pentadbiran),Tn Hj Aziz(PKKo),Pn Suhaila.

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

En Mohamed Yusoff Bin Ismail
Guru Besar Sk Chantum





ASSALAMAULAIKUM

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bertemu buat pertama kalinya menerusi laman web yang telah dihasilkan melalui kerjasama semua guru dan pihak sekolah. Saya berbesar hati kerana laman web ini telah dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Walaupun pihak sekolah serba kekurangan dalam penyediaan bahan dalam laman web ini namun inilah hasil yang telah dapat dilihat melalui semangat kerjasama semua guru dan komitmen yang telah ditunjukkan adalah menjadi bukti bahawa semua staf sekolah ini memgamalkan semangat bekerja secara kaloboratif.
Sesungguhnya hasrat kerajaan untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia adalah "Smart School " tidak akan mustahil dan akan dicapai dalam tempoh yang terdekat.Cita-cita pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan untuk melihat seluruh rakyat Malaysia Celik It akan pasti tercapai melalui usaha-usaha fizikal dan usaha-usaha menyediakan kemudahan infrastruktur akan membantu untuk mencapai rancangan ini.
Melalui laman web yang telah di upload ini akan membolehkan seluruh rakyat Malaysia melayari semua sekolah di seluruh negara dan ini merupakan satu perkembangan yang sihat ke arah pertukaran maklumat demi untuk kemajuan pendidikan.
Akhir kata pihak Sekolah dengan hati yang terbuka mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan yang membina dalam membina dan mengemaskini laman web ini ke arah yang lebih profesional dan bermutu.
Sekian, terima kasih.

Sekolah merupakan sebuah institusi penbelajaran secara formal yang setiap anak-anak kita melaluinya dari umur 6 tahun hingga 17 tahun sekurang-kurangnya. Dari segi masa mereka berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang selama 200 hari setahum. Kalau kita kira secara terperinci sebahagian hayat hidup zaman remja anak-anak kita berada di sekolah.Itu tidak dikira aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan anak-anak kita berada di sekolah.Oleh itu saya berpendapat adalah wajar bagi kita sebagai generasi penentu masa depan anak-anak kita memberi sedikit keselesaan kepada mereka dalam menjalani kehidupan mereka terutama semasa mereka berada di sekolah. Melalui Buku Profi Sekolah yang seberapa ringkas ini dapatlah kita melihat dan membuat muhasabah diri oleh pihak yang berkenaan dari pekerja am sekolah hinggalah kepada Ketua Pengarah Pelajaran tentang peranan dan tanggungjawab kita dalam menentukan masa depan anak-anak kita supaya generasi pelapis kita dapat meneruskan kecemerlangan memerintah Negara kita pada masa akan datang.Melalui kajian yang dibuat untuk menghasilkan buku ini, saya berpendapat sekiranya kita dapat sempurnakan kemudahan dan keperluan, tidak dapat tidak ianya akan memberikan kita penambahbaikan dalam mengejar seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu menghasikan atau menjana modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF