Wednesday, November 10, 2010

Guru Besar dan Penolong Kanan Ko-kurikulum serta guru-guru tahun 6 bergambar kenangan dengan murid-murid yang mendapat 5A.
UPSR 2010..BRAVO!BRAVO!BRAVO
KHAMIS 11/11/10- Sekolah Kebangsaan Chantum sekolah luar bandar yang 'low profil' boleh berbangga dengan kejayaan cemerlang dalam UPSR 2010. Peratus keseluruhan iaitu 92.86 telah meletakkan Sekolah Kebangsaan Chantum di tangga kemuncak berbanding 33 buah sekolah di daerah Bachok dan memecah rekod di sekolah ini setelah seramai 7 orang murid mendapat 5A. Pencapaian ini adalah hasil kerjasama semua guru dan PIBG sekolah ini. Pencapaian ini juga akan menjadi perangsang kepada semua guru untuk bekerja dengan lebih gigih pada masa hadapan. Guru Besar iaitu En Azahari Ismail yang baru setahun memegang jawatan sebagai guru besar di sekolah ini bersyukur di atas kejayaan UPSR 2010 dan berharap semua guru akan bersama-sama meneruskan agenda kecemerlangan sekolah tanpa rasa jemu. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan untuk semua warga sekolah. Ternyata moto "SKC" iaitu Sekolah Kami Cemerlang adalah amat bersesuaian, bertepatan dan 'matching' dengan sekolah.Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid yang telah memperolehi 5A dalam UPSR.
Murid-murid yang mendapat 5A
Muhamad Hafizulhilmi Mohd Rozi
Muhamad Alif Farhani Hassan
Wan Nur Asifa Bt Zanurin
Nor Suhaili Che Abdullah

Nur Athirah Mohamad
Che Aisyah Fasihah Che Adnan
Siti Nor Syafikah Che Soh

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH








































































No comments:

Post a Comment

Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF