Thursday, May 22, 2008

PENGASAS SEKOLAH

Pengasas Sekolah
Zainab bt AWang adalah seorang bekas guru dari sekolag ini yang telah bersara dua tahun. Beliau bersama dengan seorang lagi bekas guru iaitu Cikgu Aziz yang telah bertanggungjawab mengasaskan Sekolah Kebangsaan Chantum.
Zainab bt Awang telah dilahirkan dalam tahun 1940-an dan beliau berasal dari Kampung Kuau. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kg Badak Bachok sehingga lulus darjah enam.Selepas persekolahan Zainab telah menjawat jawatan sebagai seorang guru di sebuah sekolah Rakyat di Kampung Kuau.
Dalam tahun 1966 , mesyuarat yang terdiri dari beberapa orang tenaga pengajar dari kedua-dua sekolah Rakyat Kampung Kuau dan Kampung Keluat telah diadakan.Mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju mencantumkan kedua-dua sekolah rakyat tersebut di dalam sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Chantum.
Dalam bulan Mei 1968, Zainab Bt Awang telah mengikuti kursus di Maktab Perguruan Kota Bharu sehingga tahun 1969. Setelah tamat mengikuti kursus , beliau telah ditempatkan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bachok tahun 1970 .Pada pertengahan penggal 1970 beliau telah bertukar dan berkhidmat semula di sekolah asal iaitu Sekolah Kebangsaan Chantum sehinggalah beliau bersara pada Disember 1995.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF