Wednesday, May 7, 2008

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

En Mohamed Yusoff Bin Ismail
Guru Besar Sk Chantum





ASSALAMAULAIKUM

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bertemu buat pertama kalinya menerusi laman web yang telah dihasilkan melalui kerjasama semua guru dan pihak sekolah. Saya berbesar hati kerana laman web ini telah dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Walaupun pihak sekolah serba kekurangan dalam penyediaan bahan dalam laman web ini namun inilah hasil yang telah dapat dilihat melalui semangat kerjasama semua guru dan komitmen yang telah ditunjukkan adalah menjadi bukti bahawa semua staf sekolah ini memgamalkan semangat bekerja secara kaloboratif.
Sesungguhnya hasrat kerajaan untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia adalah "Smart School " tidak akan mustahil dan akan dicapai dalam tempoh yang terdekat.Cita-cita pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan untuk melihat seluruh rakyat Malaysia Celik It akan pasti tercapai melalui usaha-usaha fizikal dan usaha-usaha menyediakan kemudahan infrastruktur akan membantu untuk mencapai rancangan ini.
Melalui laman web yang telah di upload ini akan membolehkan seluruh rakyat Malaysia melayari semua sekolah di seluruh negara dan ini merupakan satu perkembangan yang sihat ke arah pertukaran maklumat demi untuk kemajuan pendidikan.
Akhir kata pihak Sekolah dengan hati yang terbuka mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan yang membina dalam membina dan mengemaskini laman web ini ke arah yang lebih profesional dan bermutu.
Sekian, terima kasih.

Sekolah merupakan sebuah institusi penbelajaran secara formal yang setiap anak-anak kita melaluinya dari umur 6 tahun hingga 17 tahun sekurang-kurangnya. Dari segi masa mereka berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang selama 200 hari setahum. Kalau kita kira secara terperinci sebahagian hayat hidup zaman remja anak-anak kita berada di sekolah.Itu tidak dikira aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan anak-anak kita berada di sekolah.Oleh itu saya berpendapat adalah wajar bagi kita sebagai generasi penentu masa depan anak-anak kita memberi sedikit keselesaan kepada mereka dalam menjalani kehidupan mereka terutama semasa mereka berada di sekolah. Melalui Buku Profi Sekolah yang seberapa ringkas ini dapatlah kita melihat dan membuat muhasabah diri oleh pihak yang berkenaan dari pekerja am sekolah hinggalah kepada Ketua Pengarah Pelajaran tentang peranan dan tanggungjawab kita dalam menentukan masa depan anak-anak kita supaya generasi pelapis kita dapat meneruskan kecemerlangan memerintah Negara kita pada masa akan datang.Melalui kajian yang dibuat untuk menghasilkan buku ini, saya berpendapat sekiranya kita dapat sempurnakan kemudahan dan keperluan, tidak dapat tidak ianya akan memberikan kita penambahbaikan dalam mengejar seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu menghasikan atau menjana modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF