Wednesday, May 7, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Chantum dahulunya berasal daripada dua buah sekolah Rakyat iaitu Sekolah Kampung Kuau dan Sekolah Kampung Keluat. Murid-murid daripada Sekolah Rakyat tersebut dicantumkan/disatukan di dalam sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang diwujudkan dalam tahun 1966. Guru Besar Pada masa itu ialah En Nik Yahya B Nik Mat yang berkhidmat sehingga 31.12.1982. Sekolah baru ini didirikan berhampiran dengan sempadan Kampung Kuau dan Kampung Keluat serta diberi nama "Sekolah Kebangsaan Chantum".
Pada mula diwujudkan tahun 1966, hanya terdapat sebuah bangunan kayu dengan tiga bilik darjah. Sebuah stor dan sebuah kantin kecil. Keramaian murid ialah seramai 162 orang.Pada tahun 1976 didirikan sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi empat bilik darjah, bilik guru besar dan sebuah bangunan kantin baru. Pada tahun 1988 sebuah bangunan gotong royong yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah bangsal basikal didirikan.
Pada tahun 1990 sebuah bangunan gotong royong dan bangunan pra sekolah dibina menjadikan lima bangunan kesemuanya sehingga pada tahun 1966. Kini Sekolah Kebangsaan Chantum mempunyai murid seramai 472 orang,guru seramai 24 orang guru, seorang pembantu tadbir,seorang pembantu am rendah dan 3 orang pembantu rendah awam kontrak. Guru besar yang paling lama berkhidmat di sekolah ini ialah En Ab.Rahman Awang yang telah berkhidmat bermula tahun 1998 sehingga Disember tahun 2002.Guru Besar yang telah bersara telah digantikan dengan guru besar yang baru iaitu Tn Hj Nawawi B Majid yang telah mula melaporkan diri pada Mac 2003.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang Ke Website SKC 2015

Sekolah

Sekolah

Address:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
16300 BACHOK KELANTAN.
TEL: 09 7532386
FAK: 09 7532388
EMEL: skchantum@gmail.com
WEBSITE : http://skchantumbaru.blogspot.com/
TWITTER : yeschantum


PENTADBIR

STAFF